INFO TENTANG
PERSARAAN BUKAN
PERKARA MAIN-MAIN

Persaraan bukan perkara main- main

Anda telah bekerja dan berkhidmat selama 30-40 tahun. Dalam masa ini, anda sibuk dengan tugasan di pejabat, membesarkan anak- nak dan keluarga, serta perkara-perkara penting dalam hidup anda. Kini, anda sudah pun bersara, dan mempunyai masa untuk membuat segalanya yang anda idamkan: melancong, memulakan hobi baru, membantu rumah-rumah kebajikan yang memerlukan, memulakan perniagaan baru.

Tetapi, adakah situasi kewangan anda mampu merealisasikan semua ini? Persaraan juga bermakna anda tidak akan menerima sebarang pendapatan lagi. Anda mungkin menerima pencen atau mempunyai simpanan kwsp, tetapi berapa lamakah ia mampu bertahan? Anda masih perlu membayar untuk keperluan harian seperti makanan, minuman, tenaga elektrik (dan harga untuk semua ini akan meningkat disebabkan inflasi!).

Dan sekiranya anda tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk persaraan anda, keluarga dan yang tersayang mungkin perlu menyokong dari segi kewangan. Mereka pasti ingin membantu, tetapi adalah anda sanggup menjadi beban buat mereka?

Sebab inilah perancangan kewangan untuk persaraan adalah amat penting! Lebih awal anda mula, lebih besar hasilnya. Jangan tunggu sehingga terlambat.

Rancang dan buat persiapan untuk persaraan anda.

Persaraan bukan perkara main-main.

FAEDAH MENYIMPAN UNTUK PERSARAAN

NIKMATI KEBEBASAN KEWANGAN SELEPAS BERSARA

ANDA MAMPU MEREALISASIKAN RANCANGAN PERSARAAN ANDA

TIDAK PERLU RISAU TENTANG PERBELANJAAN SELEPAS BERSARA

ANDA BERSEDIA SEKIRANYA PERKATA TAK DIINGINI BERLAKU

TIDAK MENYUSAHKAN YANG TERSAYANG

PERSARAAN LEBIH SELESA

Cara
Menyimpan

MULA MENYIMPAN DARI AWAL. LEBIH AWAL, LEBIH BANYAK HASILNYA

SIMPANAN UNTUK PERSARAAN ADALAH SIMPANAN JANGKA PANJANG

KONSISTEN DENGAN SIMPANAN ANDA

NAMAKAN CALON UNTUK SIMPANAN ANDA SEKIRANYA APA-APA BERLAKU PADA ANDA

Skim Persaraan Peribadi

KLIK DISINI

Skim Amanah Saham

KLIK DISINI